Sa III kl mencuri saadah, saadat Ar 1




Yüklə 2.1 Mb.
səhifə1/40
tarix23.04.2016
ölçüsü2.1 Mb.
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   40
s huruf yg ke-19 abjad Rumi.

sa I 1. huruf keempat abjad Arab (mempunyai nilai 500); 2. huruf keempat abjad Jawi.

sa II Kd mentang-mentang, kerana ... maka ...: ~ dia kaya, bukan main sombong lagi.

sa III Kl mencuri.

saadah, saadat Ar 1. bahagia, kebahagiaan; 2. yg berbahagia, yg mulia.

saat 1. masa yg sangat pendek: se~ duduk, baginda pun berangkat masuk; 2. waktu yg panjangnya 1/60 drpd satu minit, detik: seorang laki-laki berjalan dua meter se~; 3. ketika, waktu: kami menunggu ~ tibanya.

saba; bersaba sl bercampur, bergaul, berkunjung;

menyaba selalu mendatangi, melawat-lawat.

Sabah negeri di Malaysia yg terletak di timur laut Borneo, keluasan 73 711 km2, Kota Kinabalu sbg ibu negeri, Negeri Di Bawah Bayu;

kesabahan bkn sifat kenegerian seseorang yg berasal dr Sabah.

sabak I Mn 1. muram, suram (muka dll): menangis berbiji-biji ~; 2. redup (hari atau cuaca), mendung;

menyabak menangis.

sabak II 1. dapur tempat memasak nasi ketika diadakan kenduri: datanglah orang-orang negeri itu membuat ~, membuat balai, berbagai-bagailah permainannya; 2. dapur tempat memasak nira;

menyabak memasak nira (utk membuat gula).

sabak III digenangi air, sebak.

sabak IV Jw batu utk membuat papan batu.

saban tiap-tiap: peraduan belia diadakan ~ minggu;

saban-saban setiap kali, sebentar-sebentar, sekejap-sekejap.

sabang; layar ~ layar kecil pd perahu yg kecil-kecil.

sabar 1. betah menahan penderitaan (kesakitan, kesusahan, dll): segala seksaan diterimanya dgn ~; 2. tidak terburu-buru, tenang: ia menanti dgn ~ ketibaan suaminya; ~ itu separuh drpd iman;

bersabar = ~ hati bertenang (fikiran, perasaan, dll), bersifat sabar: “ceritalah segera,” desak Noor Hamidah seolah-olah tidak dapat hendak ~ lagi;

menyabarkan 1. menahan kesusahan (kesedihan, kemarahan, dll) dgn sabar, menenangkan perasaan (fikiran dll): maka marahlah ia, akan tetapi masih disabarkannya lagi; ~ hati menahan hati (marah dll); 2. menahan orang (lain) drpd marah dll, meredakan perasaan orang yg sedang marah dll, membuat orang bersabar: Abang Mat ~ ibuku yg di kemuncak kemarahannya;

tersabar sanggup atau boleh bersabar: Mak Haji tidak ~ lagi hendak mendengar berita itu;

kesabaran perihal sabar: mengajar membaca muzik berkehendakkan ~, ketekunan, dan kepandaian guru;

penyabar 1. orang yg sabar; 2. sabar: isteri yg ~ itu hampir tidak pernah kering air mata.

sabasani sl sj tumbuhan yg spt ular rupanya.

sabat I; menyabat memukul dgn tali atau cemeti, menyebat; sebat I.

Sabat II, Sabbat (hari) Sabtu bagi orang Yahudi.

sabatikal (di universiti-universiti tertentu dsb) tahun (penggal, jangka masa) yg bebas drpd mengajar yg diberikan kpd pensyarah (pengajar) utk tujuan melanjutkan pelajaran, membuat penyelidikan, dsb.

sabayon (ERT) pencuci mulut yg pekat dan manis, yg mengandungi kuning telur, wain putih, gula dan perisa.

sabda bh kata Allah (nabi, raja, orang besar-besar), titah: maka ~ rasul Allah, adapun namamu Sultan Muhammad;

bersabda berkata, bertitah: undang tidak dua kali ~ , lembaga tidak dua kali berkata;

mensabdakan mengucapkan, menitahkan: hadis yg disabdakan oleh Rasulullah.

sabdu tanda utk menyatakan bunyi berangkap (dlm tulisan Arab), tasydid.

sabel I sj mamalia bertubuh kecil yg terdapat di kawasan Artik, mempunyai bulu hitam atau perang gelap yg bernilai tinggi, dan digunakan utk membuat pakaian spt kot dsb, Martes zibellina.

sabel II IB pedang.

saben Id saban.

sabet Id sabat.

sabi sl sj baju kemeja.

sabil 1. = ~ Allah, sabilillah, sabilullah jalan kpd Allah; 2. = perang ~ perang utk mempertahankan agama Islam, jihad; mati ~ mati dlm menunaikan tugas agama (naik haji, perang sabil, dll).

sabit I 1. sj pisau yg melengkung (utk memotong padi, rumput, dll); 2. (bentuk) melengkung spt sabit; bulan ~ bulan sehari (bulan baru);

menyabit memotong (padi, rumput, dll) dgn sabit: orang tua itu sedang ~ di bendang; ~ kelapa mengait kelapa dgn sabit;

menyabitkan menyabit utk: petang itu dia ~ ayahnya rumput utk lembu ternakan mereka;

penyabit 1. pisau yg digunakan utk menyabit, sabit; 2. orang yg kerjanya menyabit: ~ rumput.

sabit II Ar sudah tetap (nyata, pasti, sah atau terang) terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): apabila ~ kesalahannya di sisi kadi, maka berhaklah isteri itu menuntut nafkahnya; jika ~ kesalahan, dia akan dipenjarakan;

bersabit berkaitan (dgn), berhubungan (dgn): segala hal ehwal yg ~ dgn tanah mestilah didaftarkan di dlm buku ini;

mensabitkan 1. menentukan dgn pasti berdasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah: kesalahan itu telah dapat disabitkan; 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi utk ~ semua yg tertuduh;

sabitan (keputusan) hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati sah atau terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): anak guamnya juga akan kehilangan jawatan sbg pengarah syarikat berikutan ~ itu; Mahkamah Persekutuan hari ini meminda ~ kesalahan mereka drpd mengedar dadah kpd memiliki sejumlah kecil kanabis.

sabitah ark bintang tetap.

sabot IB 1. perbuatan memusnahkan harta benda musuh dll (utk mematahkan gerakan mereka); 2. perbuatan menggagalkan sesuatu usaha dll;

menyabot 1. memusnahkan barang-barang musuh dll (utk mematahkan usaha mereka); 2. menggagalkan sesuatu usaha dll;

penyabotan perbuatan menyabot;

penyabot orang yg menyabot.

sabotaj 1. perbuatan memusnahkan harta benda musuh dll semasa pertelingkahan politik; 2. perbuatan menggagalkan sesuatu usaha dsb, perbuatan khianat: syarikat itu terpaksa menghadapi pelbagai ~;

mensabotaj menggagalkan atau merosakkan aktiviti lawan dll, mengkhianati: kita harus mengutamakan Bahasa Kebangsaan, dan tidak sebaliknya cuba ~ Bahasa Kebangsaan itu dgn memperkukuh bahasa Inggeris;

pensabotaj orang (pihak) yg melakukan sabotaj, pengkhianat: akhirnya kegiatan ~ itu dapat dikesan.

sabotir IB; menyabotir menyabot, mensabotaj.

Sabtu hari ketujuh dlm seminggu, selepas hari Jumaat.

sabugalit mineral yg mengandungi kira-kira 54% uranium.

sabuk ikat pinggang yg dibuat drpd kain (sutera dll), bengkung: maka diurainya ~nya, diikatkannya pd pinggang Tun Menida sekerat.

sabun I sj bahan pencuci pakaian (badan dll) yg diperbuat drpd lemak dan soda;

~ basuh sabun yg digunakan utk membasuh (pakaian dll); ~ mandi (wangi) sabun yg harum baunya utk mandi;

bersabun memakai sabun: kami mandi tidak ~;

menyabun 1. mencuci dgn sabun; 2. menjadi spt sabun;

penyabunan (Kim) proses penghasilan sabun drpd lemak melalui pemanasan lemak dgn alkali.

sabun II (warna) putih atau putih kekuning-kuningan;

anjing ~ anjing yg putih bulunya; orang ~ orang yg balar kulitnya; sakit ~ sakit kencing nanah.

sabun III; buah ~ sj tumbuhan (pokok), buah lerak, Sapindus rarak.

sabung adu, laga (ayam, lembu, dll): di gelanggang ~ terlalu gegak gempita sorak tempik sekalian juara;

~ selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi prb berserah kpd nasib (untung-untungan); biar alah ~ asalkan menang sorak prb biar harta habis asalkan hati puas;

bersabung 1. beradu, berlaga (ayam dll), bertarungan, berlawan; ~ ayam mengadu ayam; ayam ~ ayam berlaga; 2. ki bertarung, berlanggaran (ombak, kilat, petir, dll); kilat ~ kilat berlanggaran; ombak ~ ombak berlanggaran; 3. ki bertemu (mata, pandangan): kedua-duanya tersenyum manakala pandangan mereka ~; angin berputar (bersiru) ombak ~ prb perkara yg amat sulit;

menyabung 1. mengadu, melaga (ayam): ia asyik dgn ~ dan berjudi saja; 2. ki menggadai, mempertaruhkan (nyawa dll): penghidupan yg berbahaya itu bererti ~ nyawa; ~ untung a) menyerah pd nasib; b) membawa nasib;

sabung-menyabung berlanggar-langgaran, bertempuran (ombak, kilat, dll): maka berbunyilah guruh petir, kilat ~;

menyabungkan melagakan, mengadukan, mempertarungkan: beta hendak ~ ayam biring nenek itu;

tersabung 1. selesai diadu, sudah diadu; 2. tidak sengaja diadu; ~ akan itik (induk ayam) prb tidak tepat dgn dugaan semula (kecewa);

sabungan yg disabung, yg diadu, aduan; ayam ~ ayam laga; spt ayam ~ prb sangat dimanjakan;

persabungan 1. perihal bersabung, perlagaan, perlawanan; 2. tempat menyabung, gelanggang;

penyabungan perbuatan menyabung;

penyabung orang yg menyabung: maka ~ pun terlalu ramai, bunyi sorak orang pun bergemuruh.

sabur 1. = ~ limbur bercampur baur (kerana orang terlalu ramai dll), tidak keruan, haru-biru: maka di dlm ~ itu disendal oleh kepetangan itu keris Tun Bija Sura; 2. = ~ limbur tidak begitu terang, samar-samar;

menyabur 1. masuk di celah-celah orang banyak, masuk bercampur dgn orang banyak; 2. menyamar diri di kalangan musuh;

sabur-menyabur kelam-kabut, serbu-menyerbu: maka Yamtuan Muda pun mangkatlah di situ sebab kerana ~ orang beramuk-amuk itu;

menyaburkan 1. menjadikan kelam-kabut (tidak keruan, berkacau-bilau, dll); 2. menjadikan samar-samar (kabur, tidak terang), menyuramkan.

sabut I kulit yg berserat (kulit nyiur, pinang, dll);

bongkok ~ (orang yg) bongkok spt sabut kelapa (kerana tua dll); tali ~ tali yg dibuat drpd sabut; untung ~ timbul untung batu tenggelam prb kalau ada untung baik, diperoleh baik dan begitu juga kebalikannya (untung-untungan).

sabut II; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput buah, rumput cicih, Daemonorhops hystrix.

sad (sOd) 1. huruf ke-14 abjad Arab (mempunyai nilai 90); 2. huruf ke-15 abjad Jawi.

sad Ar ark tembok, alangan.

sadah Mn kapur sirih; termakan di ~ prb kesal hati kerana tertipu; sedah.

sadai; bersadai berbaring santai (orang di pantai, buaya di tebing sungai, dll), terletak di tempat yg lebih tinggi (perahu yg tidak dipakai), terdampar;

menyadaikan meletakkan perahu di tempat yg lebih tinggi;

tersadai 1. terbaring belunjur (orang sakit dll): sudah seminggu ia ~ di atas katil itu, belum ada sesiapa yg datang; 2. terletak di tempat yg lebih tinggi (perahu), terkandas, terdampar: tinggallah perahu yg dua buah ~ di atas batu; 3. Mn tidak laku (barang-barang jualan, anak dara yg tidak dipinang orang, dll).

sadak I condong (tiang dll), miring, senget.

sadak II 1. Jw sekapur sirih (yg akan dimakan); 2. Mn kapur sirih, sadah.

sadal IB sadel.

sadang; pintu ~-sading pintu bertirai ke pelaminan.

sadap 1. Kd sj alat yg hulunya lebih panjang drpd hulu sabit, digunakan utk memotong rumput; 2. = pisau ~ pisau pemotong (penoreh dll) utk mengambil air atau getah drpd pokok: dikeluarkan ~nya, disadapnya anggur itu;

menyadap 1. mengeluarkan air drpd pokok dgn memotong (menoreh) bahagian-bahagian yg tertentu; ~ kelapa mengambil nira dgn memotong mayangnya; 2. Id mengeluarkan darah dll dr badan (dgn menggunakan pembuluh getah dll);

sadapan sesuatu yg disadap, hasil menyadap: ia sangat gembira menerima hadiah ~ itu;

penyadapan perbuatan menyadap;

penyadap 1. orang yg menyadap: maka ada seorang ~ pergi bermain ke laut; 2. alat atau perkakas utk menyadap (spt pisau sadap dll); 3. Id pembuluh getah utk menampung air kencing.

sadar Ar 1. dada, depan; 2. pendahuluan.

sadariah Ar sj baju dalam (pakaian orang Arab).

sadarulkalam Ar pendahuluan (permulaan) cerita.

sadau I; menyadau menjolok sarang lebah.

sadau II ark; menyadau mendayung dgn tidak berhenti dgn dayung yg panjang.

sadaya Jw sl semua(nya).

sadel IB tempat duduk pd basikal, pelana.

saderi sj tumbuhan yg daunnya boleh dimakan.

sadik I Ar benar, jujur (hati), lurus;

mensadikkan meluruskan.

sadik II Ar betul, benar: fajar ~.

sadin bp pura-pura tidak tahu, acuh tak acuh: gadis itu buat ~ apabila ditegur.

sading I; pintu sadang-~;sadang.

sading II Mn sedang.

sadir sj garam ammonia (NH4Cl) berhablur (digunakan dlm bateri kering dll).

sadis 1. suka atau bersifat menyakiti atau menyeksa orang dr segi fizikal atau mental utk mendapat keseronokan atau kepuasan: memang ada lelaki ~ yg mendapat kepuasan seks dgn mendera pasangannya; jenaka itu begitu ~ bagi Zura; 2. tidak mengenal belas kasihan, kejam: kelihatan penuh ~, burung hering itu menyiat-nyiat mangsanya; 3. orang yg suka menyakiti atau menyeksa orang utk mendapat keseronokan atau kepuasan, orang yg melakukan sadisme.

sadisme perlakuan memuaskan nafsu dgn menyakiti (menyeksa) orang lain.

sado Id sj kereta beroda dua (yg ditarik oleh kuda).

sadu I sl terbaik, termulia; ~ perdana sangat baik.

sadu II sj tumbuhan (pokok), rambu, Melia indica.

sadung; menyadung melanggar (merempuh dll) dgn kaki;

tersadung terlanggar (terempuh) dgn kaki, terhantuk.

sadur lapisan (salutan) logam yg nipis pd logam lain, sepuh;

~ elektrik sadur yg dibuat dgn elektrik; ~ timah sadur drpd timah; sbg ~ menimbulkan senam prb kelihatan keadaan yg sebenarnya;

bersadur bersalut atau berlapis (logam);

menyadur 1. menyalut (melapis) dgn logam (emas, timah, dll), menyepuh: kasa dawai dibuat drpd dawai besi yg disadur dgn timah; 2. mengarang atau mengolah kembali cerita dll yg isinya diambil drpd cerita lain: hingga sekarang pun masih ada pengarang yg ~ cerita-cerita drpd bahasa asing; 3. mengolah kembali (hasil penyelidikan dll), mengikhtisarkan; laksana barang yg disadur prb tidak tahan uji;

saduran 1. sesuatu yg disadur (emas dll), sepuhan, lapisan (emas dll); 2. ki cerita yg isinya (pokoknya) diambil drpd cerita lain: terjemahan berbeza drpd ~; 3. hasil pengolahan (drpd penyelidikan dll), ikhtisar;

penyaduran perbuatan menyadur;

penyadur 1. alat utk menyadur; 2. orang yg menyadur (meniru dll): seringkali ~-~ dgn sengaja atau tidak sengaja menyimpang drpd naskhah asalnya.

saf baris, lapis;

bersaf-saf berderet-deret, berlapis-lapis: maka segala orang yg duduk di balai semuanya turun berdiri ~.

safa Ar bersih, putih: masjid Baitur-Rahman pun disalut oranglah dgn kain putih ~.

safan Ar; ~-safa habis licin sama sekali, melawas: dgn sesaat itu juga rimba yg besar itu habis ~-safa spt padang yg maha luas.

Safar Ar bulan yg kedua dlm tahun Hijrah; mandi ~ upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini bertentangan dgn hukum Islam).

safari ekspedisi utk melihat atau memburu binatang-binatang buas; taman ~ kawasan tanah yg luas dan berkepung tempat binatang buas hidup berkeliaran bebas, dan boleh dikunjungi orang ramai yg menaiki kenderaan dlm kawasan itu.

safi Ar bersih, murni, suci, tulus hati.

safih Ar bodoh, gila, pemboros.

safil, safilin keji (orang dll).

safron koma-koma.

safsaf Ar ark tandus (tanah, padang), tidak bertanaman.

saga I 1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya merah bulat-bulat kecil), a) Adenanthera pavonina; b) Adenanthera bicolor; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), jering tupai, Pithecellobium ellipticum; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Abrus precatorius; akar ~ molek sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perah bentak, Lettsomia maingayi; 2. penolong timbangan (emas);

spt ~ di atas talam prb kelakuan yg tidak tetap; yg merah ~ yg kurik kundi prb yg indah dan yg baik ialah bahasa dan budi, bukannya rupa; diuji timbang lebih se~ prb perbezaan yg amat kecil.

saga II cerita rakyat (berdasarkan peristiwa sejarah) yg diceritakan turun-temurun dan mengandungi fantasi.

sagai 1. sj ikan laut, cermin, Caroides armatus; 2. sj ikan laut, Ulua mentalis.

sagang penyangga utk senapang (tombak dll), sandaran, topang;

menyagang 1. menyandarkan (senapang, tombak, dll) pd sagang; 2. menopang dgn kayu dll yg dipasang condong;

tersagang tersandar pd sagang, tersandar dgn condong (senapang dll).

sagar I ijuk kabung yg boleh dibuat kalam;

bersagar; anak ~ Mn anak yg selalu kena sakit, anak yg saudara-saudaranya mati; orang ~ Mn orang yg tidak beranak (anaknya selalu mati); ijuk tidak ~ prb keluarga yg tidak mempunyai laki-laki yg disegani orang;

menyagar 1. melekatkan dgn sagar; 2. (menjadi) keras spt sagar.

sagar II ark sakar, gula.

sagat alat utk memarut kelapa, ubi kayu dsb, pemarut.

menyagat memarut (kelapa, ubi, dll);

penyagat sagat.

sagesej.

saghir Ar kecil atau muda (pangkat).

sagisegi.

Sagitarius lambang kesembilan dlm zodiak, yg berlambangkan sentora sedang melepaskan anak panah.

sagu I 1. hati batang pokok palma (kabung, rumbia, dll); jika tak dipecah ruyung di mana boleh mendapat ~ prb tidak akan tercapai sesuatu maksud jika tidak mahu berusaha; 2. = tepung ~ tepung yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia dll; 3. = pokok ~ sj tumbuhan (palma yg pati hatinya boleh dibuat tepung sagu), Metroxylon spp.;

~ belanda (betawi) sj tumbuhan (palma), Marantha arundinacea; ~ pisang hati batang pisang; ~ rendang (biji-biji) sagu yg kasar; ~ rumbia sagu yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia;~ tampin pati sagu yg diperdagangkan; akar ~ paya sj tumbuhan (pokok memanjat), akar urat-urat, bunga petaya, Dalbergia stercorea;

menyagu 1. membuat sagu; 2. bp menganji dgn sagu.

sagu II; ~ hati a) wang dll yg diberikan sbg ganti rugi: kerajaan telah membayar ~ hati kpd tuan-tuan tanah yg membenarkan kerajaan membina jalan raya di atas tanah mereka; b) ganjaran sbg penghargaan: selama Din bekerja ini, pernahkah menerima bonus atau ~ hati drpd syarikat?; hadiah ~ hati hadiah yg diberikan kpd orang yg tidak menang (sbg penghargaan dlm sukan dll).

saguir Id tuak.

sagun sj makanan (kuih) yg diperbuat drpd tepung beras, kelapa, dan gula (kadang-kadang dicampur telur).

sagun-sagun sagun.

sagur; perahu ~ perahu yg diperbuat drpd batang kayu.

sah 1. lulus pd sisi undang-undang (adat, hukum, dll), lwn batal (puasa, sembahyang, dll): sudah berkali-kali ia meminta menjadi isteri yg ~; sembahyangnya tidak ~ kerana ia tidak bersuci; 2. benar, pasti, nyata: jikalau ~ awan mengandung hujan, habislah basah gerangan nenek; khabar yg ~ khabar yg benar;

mengesahkan 1. mengakui bahawa sesuatu benar, membenarkan: beliau ~ ia akan berada di Tokyo selama empat hari; pembuangan kamu telah disahkan oleh ketua pejabat; 2. memastikan, menetapkan: kematian anak dlm kandungan itu dapat disahkan dgn gambar X-ray; 3. mengakui (dokumen, cek, perjanjian dsb) sah dgn menurunkan tandatangan dsb: Presiden Mahkamah Syariah boleh ~ saman itu utk disampaikan kpd pihak berkenaan;

kesahan perihal sah, sah tidaknya (sesuatu): negara-negara Islam telah menjadikan persetujuan pihak yg berkahwin sbg syarat ~ sesuatu perkahwinan; ~ perbandingan ini tidak dapat dibuktikan;

pengesahan perbuatan atau hal mengesahkan: ~ tentang kehilangan itu belum disiarkan lagi;

pengesah sesuatu (orang dsb) yg mengesahkan sesuatu.

sahabat 1. kawan, teman, taulan: drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~; 2. pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi;

~ handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja;

bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, berkawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita;

bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik berseteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh;

bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain;

mempersahabatkan memperkenalkan supaya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan);

persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali.
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   40


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©azrefs.org 2016
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə