Pusat pengajian ilmu kemanusiaan universiti sains malaysia




Yüklə 66.36 Kb.
tarix30.04.2016
ölçüsü66.36 Kb.


BAHAGIAN GEOGRAFI

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

11800 PULAU PINANG


Pensyarah 1: Prof. Dr. Chan Ngai Weng Waktu Pejabat: Isnin-Jumaat

(Bahagian Sistem & Kaji Iklim) 8:00 am – 5:30 pm

Pejabat #: Bangunan C11 Bilik 114

Email: nwchan@usm.my



Pensyarah 2: Dr Anisah Lee Abdullah Waktu Pejabat: Isnin-Jumaat

(Bahagian Biogeografi) 8:00 am – 5:30 pm

Pejabat #: Bangunan C24 Bilik 203

Email: anisah@usm.my



Pensyarah 3: Dr Zullyadini A Rahaman Waktu Pejabat: Isnin-Jumaat

(Bahagian Geomorfologi) 8:00 am – 5:30 pm

Pejabat #: Bangunan C20 Bilik 102

Email: zully@usm.my


Kursus ini merupakan satu kursus yang luas bagi membolehkan pelajar-pelajar mendapatkan gambaran secara menyeluruh tentang berbagai bidang yang terkandung dalam Geografi Fizikal. Secara umumnya, Geografi Fizikal merupakan salah satu cabang dari bidang sains yang engkaji tentang bagaimana dan kenapa ciri-ciri fizikal bumi mengalami perubahan dari hari ke hari, tahun ke tahun dan juga perubahan yang berlaku semenjak berjuta-juta tahun yang lampau. Empat bahagian utama bumi yang merupakan fokus utama kajian oleh ahli-ahli Geografi Fizikal adalah seperti berikut;



  • Lapisan yang terdapat di atas permukaan bumi yang terdiri daripada gas-gas utama. Lapisan yang dikenali sebagai Atmosfera ini merupakan satu lapisan yang amat penting. Proses-proses yang berlaku di dalam lapisan ini akan mempengaruhi cuaca dan iklim di permukaan bumi.

  • Permukaan tanah yang diliputi oleh tanih dan tumbuh-tumbuhan. Ini merupakan bahagian yang menampung segala jenis kehidupan yang terdapat di permukaan bumi. Lapisan ini juga dirujuk sebagai lapisan Biosfera

  • Bahagian yang terdiri daripada permukaan air, termasuk permukaan lautan, sungai, tasik, serta air yang terdapat di bahagian atmosfera. Bahagian ini dikenali sebagai bahagian Hidrosfera.

  • Struktur Bumi - yang terdiri daripada lapisan atas kerak bumi dan lapisan-lapisan yang terdapat di bahagian bawahnya. Lapisan ini dikenali sebagai lapisan Litosfera.

Secara keseluruhannya ke empat-empat bahagian ini termasuk dalam empat bahagian utama geografi fizikal iaitu, Iklim dan Cuaca,  Biogeografi, Hidrologi dan Geomorfologi.

Tajuk-tajuk kuliah




Bahagian 1 – PENDEKATAN SISTEM

(Diajar oleh Prof. Dr Chan Ngai Weng)

Bahagian 2 –

KAJI IKLIM

(Diajar oleh Prof. Dr. Chan Ngai Weng)




PENDEKATAN SISTEM DALAM GEOGRAFI FIZIKAL

  • Konsep Pendekatan Sistem

  • Sistem Terbuka, Sistem Tertutup, Sistem Terpencil, Sistem Morfologi, Sistem Lata, Sistem Kotak Hitam, Sistem Kotak Putih & Sistem Kotak Kelabu

  • Contoh-Contoh Pendekatan Sistem Dalam Kaji Iklim, Geomorfologi, Biogeografi & Hidrologi

  • Maklum Balas Sistem, Ambang, & Konsep Keseimbangan Sistem

KAJI IKLIM

(a) Sistem Atmosfera


  •  Komposisi

  •  Struktur

  •  Fungsi




(b) Suhu

  • Tenaga, haba dan suhu

  • Imbangan tenaga dan bahangan dalam sistem bumi-atmosfera

  • Imbangan tenaga dan bahangan di permukaan bumi

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan tenaga dan suhu di   permukaan bumi

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu

  • Corak taburan suhu dunia

  • Tren suhu masa hadapan




(c) Tekanan Udara Dan Edaran Atmosfera

  • Maksud tekanan atmosfera

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan

  • Corak taburan tekanan dunia

  • Siklon dan anti-siklon

  • Corak edaran tekanan tinggi(antisiklon)

  • Corak edaran tekanan rendah(siklon)

  • Faktor mempengaruhi tiupan & kelajuan angin

  • Edaran umum atmosfera

  • Model umum edaran udara/angin




(d) Kelembapan Atmosfera

  • Sifat-sifat Fizikal Air

  • Kelembapan

  • Kelembapan bandingan

  • Tekanan Wap

  • Kelembapan tentu

  • Kelembapan mutlak

  • Kitaran hidrologi

  • Komponen-komponen utama kitaran hidrologi

  • Penyejatan

  • Sejatpeluhan

  • Pemeluwapan

  • Pembentukan Awan

  • Pembentukan kerpasan

  • Pintasan

  • Penyusupan

  • Aliran permukaan

  • Aliran bawah permukaan 

Bahagian 3 - BIOGEOGRAFI

(Diajar oleh Dr. Anisah Lee Abdullah)


  • Biogeografi secara am


  • Istilah-istilah Asal

  • Daerah-daerah biotik

  • Konsep Ekosistem

  • Ekosistem Darat

  • Ekosistem Pinggir Pantai

  • Ekosistem Marin

  • Aliran Tenaga Dalam Ekosistem

  • Kitaran Bahan Dalam Ekosistem

  • Biodiversiti

  • Teori Biogeografi Pulau




Bahagian 4 – GEOMORFOLOGI FLUVIAL

(Diajar oleh Dr. Zullyadini A. Rahaman)



(a) Konsep Sistem dalam Geomorfologi

  • Hipotesis Gaia

  • Konsep-konsep asas geologi

  • Plat tektonik

  • Kitaran batuan

  • Proses herotan

(b) Model bagi perkembangan lanskap

  • Bentuk muka bumi struktural

  • Bentuk muka bumi luluhawa

  • Bentuk muka bumi hakisan

  • Bentuk muka bumi longgokan

  • Konsep keseimbangan dinamik

(c) Luluhawa

  • Bentuk muka bumi luluhawa

  • profil dan luluhawa dalam

  • pembentukan profil luluhawa

(d) Hakisan dan Pemendapan

  • Proses cerun bukit

  • Gerakan Jisim

  • Aliran sungai dan proses fluvial

  • Konsep kawasan tadahan

Bahagian 5 –

HIDROLOGI

(Diajar oleh Dr. Zullyadini A. Rahaman)



(a) Ciri fizikal air

  • Kitaran hidrologi

  • Pintasan, aliran batang dan jatuhan langsung

  • Infiltrasi dan storan air tanah

  • Hidrosfera kawasan tropika lembap

(b) Hidrologi cerun

  • Proses air larian

(c) Sungai

  • Pemindahan endapan

  • Basuhan cerun

  • Pemindahan oleh sungai

  • Pemindahan beban larut

Penilaian Kursus

(A) Markah Kerja Kursus ialah 30% yang merangkumi:-

(i)    Essei 20% : Tajuk essei akan diberitahu oleh pensyarah. Panjang esei adalah kira-kira 12 muka surat kertas A4 (tidak melebihi 3,000 perkataan) yang bertaip "double spacing", tidak termasuk jadual, rajah, peta dan rujukan. Esei mesti mengandungi semua daripada berikut:



Tajuk Esei, Nama Pelajar dan Nombor Metrik Pelajar dan Nama Pensyarah (halaman 1),

Isi Esei (halaman 2 - 11),

Kesimpulan (halaman 12 - berpanjangan kira-kira 500 perkataan) dan

Rujukan/Bibliografi (selepas kesimpulan). Setiap rujukan mesti mengandungi nama pengarang, tahun diterbit, tajuk penerbitan, nama penerbit, tempat diterbit, dan muka surat yang dirujuk (Lihat Contoh Rujukan Kursus ini di bawah). Pelajar-pelajar adalah digalakkan menaip esei dengan komputer dan menghantar esei dalam bentuk CD. Tidak perlu cetak esei dalam bentuk hardcopy.
CIPLAKAN (MANA-MANA BAHAGIAN ESEI PELAJAR LAIN ATAU PENULIS BUKU/MAKALAH AKAN DIBERI MARKAH SIFAR. ADA KEMUNGKINAN JUGA MEREKA YANG DIDAPATI BERSALAH AKAN DIGANTUNG 1 SEMESTER/SIDANG ATAUPUN DISINGKIRKAN DARI UNIVERSITI).



TARIKH AKHIR HANTAR ESEI :

Mereka yang tidak mematuhi arahan-arahan atau lewat hantar esei akan didenda dengan potongan markah iaitu 5% untuk setiap hari lewat.

(ii)  Ujian 5% : Ujian akan diadakan di pertengahan atau penghujung semester. Ujian ini juga adalah bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang telah diajar serta sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir. Tarikh ujian akan diumumkan dalam kuliah nanti.

(iii)  Kajian Luar 5% : Satu kajian luar wajib akan diadakan (tarikh akan diberitahu oleh pensyarah nanti). Pelajar perlu menulis satu laporan ringkas berkenaan dengan kajianluar tersebut. Laporan itu akan dinilai oleh pensyarah.



(B) Peperiksaan akhir ialah 70%:

Soalan-soalan peperiksaan akhir adalah berbentuk soalan esei. Pelajar-pelajar dinasihatkan merujuk kepada soalan-soalan tahun lepas di dalam kursus ini. Soalan-soalan akan meliputi kelima-lima bahagian. Pelajar-pelajar diwajibkan menjawab 4 soalan, iaitu sekurang-kurang 1 soalan daripada setiap bahagian tersebut.



Senarai Rujukan

Buku Teks (WAJIB): Essentials of Physical Geography (8th Edition)

(International Student Edition)

Robert E. Gabler, James F. Petersen & L. Michael Trapasso

Thomson Brooks/Cole Publication



  • Akin, W.E. (1990). Global Patters Climate, Vegetation and Soil. USA:  University of Oklahoma Press.

  • Barry, R.G.: dan Chorley, R.J. (1992). Atmosphere, Weather and Climate.  London and New York: Methuen. Sixth Edition.

  • de Blij, H.J. dan Muller, P.O. 1993. Physical Geography of the Global  Environment. New York: John Wiley and Sons.

  • Gerrard, J.(1992). Soil Geomorphology: An Integration of pedology and  Geomorphology. London: Chapman & Hall.

  • Griffiths, J.F. (1985). Kaji Iklim Gunaan: Satu Pengenalan. Petaling Jaya:  Fajar bakti.

  • Ibrahim Komo, Abdul Rahim Samsuddin, Hamzah Mohamad dan Ibrahim  Abdullah. (1987). Bumi: Sifat Fizik dan Kimia. Kuala Lumpur: Dewan  Bahasa dan Pustaka.

  • King, C.A.M. (1976). Landforms and Geomorphology. Longman.

  • Chan, N. W. (1995). Asas Kaji Iklim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

  • Chan, N. W. (1998). Cuaca Dan Iklim: Satu Koleksi Nota-Nota Kuliah. Pulau Pinang: N P Sdn Bhd.

  • Chan, N. W. (1998). Biogeografi: Nota-Nota Kuliah. Monograf. Pulau Pinang: N P Sdn Bnd.

  • Mc Knight, T.L. (1992). Essentials of Physical Geography. New Jersey:  Prentice Hall.

  • Reading, A.J., Thompson, R.D. dan Millington, A.C. (1995). Humid  Tropical Environment. Oxford: Blackwell.

  • Strahler, A.N. (1978). Geografi Fizikal. Kuala Lumpur: John Wiley and  Sons.

  • Strahler, A.H. & Strahler, A.N. (1994). Introducing Physical Geography.  New York: John Wiley & Sons; Inc.

  • Tivy, J. (1992) Biogeografi: Kajian Tumbuhan Dalam Ekosfera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka (Diterjemahkan oleh Rosiyah Abd. Latif dan Chan Ngai Weng)

  • Wan Ruslan Ismail (1994). Pengantar Hidrologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

 


BAHAGIAN PENDEKATAN SISTEM DALAM GEOGRAFI FIZIKAL
Kuliah 1 - Pendekatan Sistem

  • Konsep Pendekatan Sistem

  • Sistem Terbuka, Sistem Tertutup, Sistem Terpencil, Sistem Morfologi, Sistem Lata, Sistem Kotak Hitam, Sistem Kotak Putih & Sistem Kotak Kelabu

  • Contoh-Contoh Pendekatan Sistem Dalam Kaji Iklim, Geomorfologi, Biogeografi & Hidrologi



Kuliah 2 – Keseimbangan Sistem

  • Maklum Balas Sistem

  • Ambang

  • Konsep Keseimbangan Sistem


BAHAGIAN KAJIKLIM
Kuliah 3 - Sistem Atmosfera

  •  Komposisi

  •  Struktur

  •  Fungsi

Kuliah 4 - Suhu

  • Tenaga, haba dan suhu

  • Imbangan tenaga dan bahangan dalam sistem bumi-atmosfera

  • Imbangan tenaga dan bahangan di permukaan bumi

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan tenaga dan suhu di   permukaan bumi

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu

  • Corak taburan suhu dunia & Tren suhu masa hadapan

Kuliah 5 - Tekanan Udara Dan Edaran Atmosfera 1

  • Maksud tekanan atmosfera

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan

  • Corak taburan tekanan dunia

  • Siklon dan anti-siklon

Kuliah 6 - Tekanan Udara Dan Edaran Atmosfera 2

  • Corak edaran tekanan tinggi(antisiklon)

  • Corak edaran tekanan rendah(siklon)

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi arah tiupan dan kelajuan angin

  • Edaran umum atmosfera

Kuliah 7 - Kelembapan Atmosfera

  • Sifat-sifat Fizikal Air

  • Kelembapan

  • Kelembapan bandingan

  • Tekanan Wap

  • Kelembapan tentu

  • Kelembapan mutlak

  • Penyejatan

  • Sejatpeluhan

  • Pemeluwapan

  • Pembentukan Awan

  • Pembentukan kerpasan

Kuliah 8 - Interaksi Antara Sistem2

  • Interaksi Atmosfera-Hidrosfera

  • Interaksi Atmosfera-Litosfera

  • Interaksi Atmosfera-Biosfera

  • Interaksi Hidrosfera-Biosfera

  • Interaksi Litosfera-Biosfera

  • Interaksi Hidrosfera-Litosfera

BAHAGIAN HIDROLOGI
Kuliah 9 & 10 - Ciri Fizikal Air

  • Kitaran hidrologi

  • Pintasan, aliran batang dan jatuhan langsung

  • Infiltrasi dan storan air tanah

  • Hidrosfera kawasan tropika lembap


Kuliah 11 & 12 - Hidrologi Cerun & Sungai 1

  • Proses air larian

  • Pemindahan endapan

  • Basuhan cerun


Kuliah 13 & 14 - Hidrologi Cerun & Sungai 2



BAHAGIAN BIOGEOGRAFI
Kuliah 15 - Pengenalan kepada Biogeografi

  • Biogeografi secara am

  • Sejarah Biogeografi


Kuliah 16 - Proses-proses utama dalam Biogeografi (1)

  • Tiga proses utama Biogeografi – Evolusi, Kepupusan & Penyebaran

  • Mekanisma proses-proses utama Biogeografi


Kuliah 17 - Proses-proses utama dalam Biogeografi (2)

  • Tiga proses utama Biogeografi – Evolusi, Kepupusan & Penyebaran

  • Mekanisma proses-proses utama Biogeografi


Kuliah 18 - Konsep Daerah Biotik & Konsep Ekosistem

  • Daerah biotik/Biome

  • Niche

  • Konsep Ekosistem


Kuliah 19 - Kitaran Bahan dan Aliran Tenaga dalam Ekosistem

  • Kitaran bahan umum

  • Kitaran bahan utama – C, N, P, S, air

  • Aliran tenaga dalam ekosistem

  • Piramid Trofik


Kuliah 20 - Biogeografi & Biodiversiti

  • Konsep Biodiversiti

  • Pengukuran Biogeografi (Alpha-BioD, Beta-BioD, Gamma-BioD)

  • Perkaitan antara Biogeografi dan Biodiversiti


Kuliah 21 - Teori Biogeografi Pulau (IBT)

  • Konsep IBT

  • Kepentingan IBT dalam Biodiversiti dan Biogeografi



BAHAGIAN GEOMORFOLOGI FLUVIAL
Kuliah 22

  • Hipotesis Gaia

  • Konsep-Konsep Asas Geologi

  • Kitaran Batuan, Jenis & Asal-Usul Batuan

  • Proses Herotan


Kuliah 23


Kuliah 24

  • Bentuk muka bumi struktural

  • Bentuk muka bumi luluhawa

  • Bentuk muka bumi hakisan

  • Bentuk muka bumi longgokan

  • Konsep keseimbangan dinamik


Kuliah 25 Definisi & Proses-Proses Luluhawa Fizikal

  • Jenis-Jenis Luluhawa Fizikal

  • Bentuk-Bentuk Muka Bumi yang dihasilkan oleh Luluhawa Fizikal


Kuliah 26


Kuliah 27 Definisi & Proses-Proses Luluhawa Organik

  • Jenis-Jenis Luluhawa Organik

  • Bentuk-Bentuk Muka Bumi yang dihasilkan oleh Luluhawa Organik

  • Proses cerun bukit

  • Gerakan Jisim

  • Aliran sungai dan proses fluvial

  • Konsep kawasan tadahan


Kuliah 28 Ulangkaji / Kuliah Ganti

MINGGU ULANG KAJI

PEPERIKSAAN AKHIR BERMULA





Nota: Tutorial akan bermula pada minggu ketiga. Tutorial akan diadakan dua minggu sekali. Kehadiran tutorial adalah WAJIB.
Sila daftar nama anda untuk salah satu kumpulan tutorial sahaja. Borang Daftar Tutorial akan dilekatkan di depan pintu bilik pensyarah (Dr. Anisah Lee Abdullah).


Hari

Waktu

Kumpulan

Lokasi

ISNIN

11.00-12.00

1

C24 /106-107




12.00-13.00

2

C24 /003-004




14.00-15.00

3

C24 /110-111













SELASA

11.00-12.00

4

G03/134

Topik Tutorial: Topik tutorial akan diberikan sekurang-kurang 1 minggu sebelum tutorial oleh pensyarah berkenaan. Pelajar-pelajar diwajibkan bersiap sedia dengan membaca bahan-bahan rujukan atau mencari isi perbincangan untuk soalan tutorial yang diberikan sebelum masuk ke sesi tutorial. Mereka yang didapati tidak membuat sebarang persediaan (terbukti apabila mereka tak tahu menjawab soalan atau langsung tidak mengambil bahagian dalam perbincangan) akan dihalau keluar dari sesi tutorial tersebut. Jika didapati kesalahan ini berulang, mereka yang salah akan dihalang dari mengambil peperiksaan akhir.

Topik esei akan diedarkan oleh keempat-empat pensyarah di papan notis depan bilik mereka masing-masing. Setiap pelajar hanya perlu memilih SATU topik dan menulis SATU esei sahaja. Mereka boleh pilih sebarang topik dari mana-mana pensyarah yang mengajar kursus inj. Namun demikian, setiap topik dihadkan kepada 5 orang sahaja. Pendaftaran topik adalah berdasarkan “Siapa Awal Siapa Dapat”. Pelajar tidak dibenarkan mendaftar untuk kawan (Jika didapati salah, pelajar yang mendaftar akan diberikan markah kosong untuk eseinya).



Kajian luar akan dijalankan oleh Dr Zullyadini A. Rahaman dan Dr Wan Ruslan Ismail. Tarikh akan diberitahu nanti. Topik kajian luar akan dipaparkan di papan notis bilik beliau. Laporan kajian luar mesti diserahkan kepada pensyarah selewat-lewatnya Dua Minggu selepas kajian luar dijalankan.







  • Harap maklum bahawa pensyarah boleh menghalang mana-mana pelajar berkursus daripada mengambil peperiksaan pada bila-bila masa sewaktu semester jikalau didapati bersalah dan tidak lagi tertakluk kepada setakat minggu ke-9 sahaja!!!!

  • Sekiranya hari kuliah merupakan hari cuti am, pensyarah akan menggantikan kuliah tersebut mengikut waktu yang sesuai.







Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©azrefs.org 2016
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə