C huruf ketiga abjad Rumi. C simbol kimia bagi karbon ca huruf keenam abjad Jawi. Ca




Yüklə 0.76 Mb.
səhifə8/14
tarix26.04.2016
ölçüsü0.76 Mb.
1   ...   4   5   6   7   8   9   10   11   ...   14

cengkal I Jw ukuran panjang yg bersamaan dgn 12 kaki atau 3.66 meter, tombak.

cengkal II Jw penongkat kain yg dipakai oleh kanak-kanak yg dikhatankan.

cengkam I = cengkaman 1. pegangan (genggaman) dgn kuku atau cakar, cengkeraman: ia tidak dapat melepaskan dirinya drpd ~ beruang itu; Mawi menguatkan ~ tangannya pd rambut Zaini; 2. kekuasaan yg menindas, (memeras, menekan, menyebabkan penderitaan, dsb): seluruh rakyat telah menderita sewaktu dlm ~ Jepun; hasil program kawalan penyakit 1978, kanak-kanak bebas drpd ~ cirit-birit;

mencengkam 1. memegang kuat-kuat dgn kuku (cakar), mencengkeram: rambut anaknya itu dicengkamnya lalu ditariknya; 2. mengapit (menyepit), mencantumkan kain dll (dgn menjahit); 3. ki menguasai (memeras, menindas): perjuangan sekarang adalah utk menghalang kaum kapitalis ~ semula kemakmuran negara;

mencengkamkan menekankan (kuku, cakar, dll) utk mencengkam;

pencengkam (Kej) sj alat utk mencantumkan atau melekatkan alat-alat lain: ~ rata; ~ U.

cengkam II; daun ~ harimau sj tumbuhan (pokok kecil), pokok tapak rimau, Trevesia cheirantha.

cengkang ark cekak I.

cengkaruk sj kuih yg dibuat drpd nasi yg dikeringkan (dicampur dgn gula dan santan).

cengkarung sj binatang (reptilia) spt cicak, bengkarung.

cengkau; mencengkau mengambil (memegang) dgn tangan (cakar); cekau.

cengkau (céngkau) C orang yg mencarikan pembeli atau penjual barang, broker.

cengkedi sj hantu, pengaruh atau kuasa hantu.

cengkeh (céngkéh) Kd; ~ kuap jengkang-jengkot, tempang.

cengkek (céngkék) ark ramping atau genting di tengah.

cengkela jenggala.

cengkelat sengkelat.

cengkeling bersilang serta bertindih kaki atau tangan; ~ bagai ular dipukul prb bengkang-bengkok (berbelit-belit); sengkeling.

cengkelong Jw; mencengkelong mengurangi (wang dll).

cengkenik, cengkenit sj kutu pd kambing (anjing dll).

cengkera cengkung, lekuk (pd pipi atau mata).

cengkeram I cengkam;

mencengkeram 1. mencengkam atau memegang (dgn kuku atau cakar); 2. ki menguasai;

mencengkeramkan mengenakan kuku (tangan dll) utk mencengkeram, mencengkamkan;

cengkeraman cengkaman.

cengkeram II wang pendahuluan (muka) yg diberikan sebelum membeli (melakukan) sesuatu;

mencengkeramkan meletakkan (memberikan) barang sbg cengkeram.

cengkerama 1. sl perjalanan utk bersuka-suka (bersiar-siar dll); 2. percakapan (perbualan, senda gurau, dll) utk bersuka-suka atau bersenang-senang;

bercengkerama 1. sl pergi (berjalan-jalan) utk bersuka-suka (bersenang-senang, bertemasya, dll); 2. bercakap-cakap (berbual-bual, bersenda gurau, dll) utk berseronok: gadis itu sudah dibiarkan oleh orang tuanya berhandai-handai, bersenda gurau, dan ~ dgn agak bebas.

cengkeran dapur kecil, keran, anglo.

cengkerawak sj burung, burung barau-barau, cucak rawa, Pycnonotus zeylanicus.

cengkerawang Kd tidak beraturan (keruan), tinggi rendah.

cengkerik sj serangga, jengkerik, keridik.

cengkering I sj tumbuhan (pokok), Erythrina fusca; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Hedyotis glabra.

cengkering II sj penyakit kulit yg disebabkan oleh virus, cacar air, jeluntung.

cengkeru sj tumbuhan (herba yg tumbuh di tempat-tempat berair), Enhydra fluctuans.

cengkerung cengkung atau lekuk (pd pipi, mata, dll).

cengki sudah tentu, memang, patut.

cengki (céngki) bernasib baik atau selalu mendapat apa yg dikehendaki (dlm permainan daun terup).

cengkiak kiak-kiak.

cengkian cemekian.

cengkih 1. sj tumbuhan (pokok yg bunganya wangi atau buahnya mempunyai bau yg wangi, pedas rasanya, dibuat rempah, dll), Eugenia aromatica; 2. gambar ukiran yg berupa bunga cengkih (pd barang-barang perak dll); 3. nama daun terup besar yg gambarnya spt bunga cengkih (daun terup kelawar).

cengking bunyi kuat serta nyaring (spt bunyi anjing kena pukul).

cengkir Jw kelapa muda.

cengkok (céngkok) I bengkok; ~-beledok bengkang-bengkok (jalan dll).

cengkok (céngkok) II sj kera, cigak; cengkuk.

cengkol (céngkol) bengkok (bkn tangan).

cengkolong ark cengkelong.

cengkuang sj tumbuhan (pokok), Dracontomelum magniferum.

cengkuas I; mencengkuas mengambil (membawa) sesuatu (dgn mengandarnya pd hujung tongkat dll).

cengkuas II (bkn muka) tidak bercukur, banyak janggut, ramus.

cengkuk sj kera.

cengkung I lekuk, cekung (mata, pipi, dll), cengkerung: laki-laki yg ~ mukanya itu; ~-mengkung sangat cengkung.

cengkung II bunyi kuat serta besar (spt bunyi anjing menyalak); ~-cengking bermacam-macam bunyi (spt bunyi anjing), dengkung-dengking.

cengkurai sl; kain (sutera) ~ sj kain cindai.

cengkut Ph hangus.

cengkuyung sj siput besar, kulitnya digunakan utk menggosok (melicinkan) kain; tengkuyung.

cengli (céngli) patut, memang, sudah semestinya, tentu sekali, masuk akal.

cenggung; tercenggung tercengang, termenung, melengung.

cengut Mn; mencengut, tercengut tercengang (melengung, kehairanan, dll), kecewa.

cenohom sj tumbuhan (herba, daunnya yg berbau sedap biasanya dibubuh dlm gulai), cendohom, kesum, Polygorum flaccidum.

cenok (cénok) 1. sj burung, burung kerak, Rhinortha chlorophaea; 2. = ~ karang sj burung, Carpocaccyx renauldi; 3. sj burung, kaduk api, Phaenicophaeus javanicus.

cenonot 1. bahagian atas punggung ayam (tempat bulu ekor tumbuh); 2. tulang tongkeng.

centadu cengkadak.

centaka sl sj burung, jentayu.

centang (céntang) I; ~-perenang tidak bersusun (beraturan), lintang-pukang.

centang (céntang) II Jw ark; mencentang memberi tanda pd tulisan utk peringatan.

centang (céntang) III; mencentang memukul, menampar.

centawan sj tumbuhan (pokok yg dibuat ubat), Conocephalus amoenus.

centayu jentayu.

centeng (centéng) Id 1. jaga atau penjaga bangunan (gudang dll); 2. mandur di ladang-ladang syarikat (persendirian); 3. ark pengawas (pemeriksa) penjualan candu.

centet (centét) Jk 1. menjadi kecil (pendek dll), menyentap, susut; 2. menjimatkan, menghematkan.

centil sentil I.

centong (céntong) 1. pencedok yg tangkainya spt gayung dll; 2. = ~ nasi senduk nasi;

mencentong mencedok dgn centong.

centung jambul (pd kepala burung dll), hujung rambut yg berikat.

cenua Kl sj tangkal (guna-guna) utk membuat orang jatuh kasih, ubat pengasih.

cenuk Kd; minyak ~ minyak yg diperoleh drpd pohon tengkawung, minyak kawang.

cenung; tercenung, tercenung-cenung termenung(-menung), termangu-mangu: sekalian cucu kembali ~ dan berpandangan sesama sendiri apabila memikirkan perkara itu.

cenuram Kd lurah (lereng bukit dll yg curam).

CEO kep Chief Executive Officer (Ketua Pegawai Eksekutif, iaitu pegawai tertinggi yg menerajui pengurusan sesebuah syarikat, perbadanan dsb).

ceongsam (céongsam) C sj pakaian wanita Cina berbelah di tepi dan berleher kepuk;

berceongsam berpakaian ceongsam.

cepak bunyi spt bunyi orang makan, cecap;

mencepak, mencepak-cepak mengecap-ngecap (ketika makan atau minum): dia ~ kesedapan.

cepat 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi;

~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan;

secepat; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin;

cepat-cepat dgn pantas sekali, dgn sangat cepat: Mak Limah ~ mengesat air matanya dgn hujung lengan baju kurungnya yg lusuh; mereka ~ mengenakan pakaian masing-masing kerana sudah lewat utk pergi ke sekolah;

secepat-cepatnya secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya;

bercepat-cepat, bersecepat, bersicepat. 1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang;

mencepat menjadi cepat;

mencepatkan 1. melakukan (mengerjakan dll) dgn cepat, menderaskan, mengencangkan: aku pun ~ langkahku; 2. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu: rumah yg ~ mereka kaya;

mempercepat menjadikan lebih cepat;

cepatan kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu, pecutan;

kecepatan 1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dll), kelajuan: ~ putaran jentera itu dikendurkan; ia menjalankan keretanya dgn ~ 50 km sejam; 2. Jk terlalu cepat;

pencepatan perihal mencepatkan;

pencepat alat utk mencepatkan atau mempercepat gerakan sesuatu.

cepatu ark sepatu I.

cepeh (cépéh) terjuntai ke bawah (bkn tanduk).

cepek (cépék) Kl lemah, lumpuh, tidak kuat.

cepelat Kl tidak sopan (manis).

cepeng (cépéng) Jk setengah sen, peser, rini.

ceper (cépér) 1. (bkn dulang, piring, dll) tidak mungkum, leper; 2. sj perkakas spt dulang (piring) biasanya drpd logam;

~ penyejat radas makmal yg berbentuk mangkuk dan digunakan utk menyejatkan cecair; ~ Petri radas makmal yg bulat leper dan tohor, lazimnya utk membiakkan mikroorganisma;

berceper memakai (beralaskan) ceper.

ceperas lencana.

cepiau sj topi biasanya dipakai oleh anggota tentera, polis, dll.

cepit  sepit I.

ceplok Jw bulatan yg diwarnai dll utk perhiasan (spt bunga bantal dll).

cepoh (cépoh) cacat pd kaki kerana bengkak dll.

cepol Jw tercabut, terbantun (barang yg melekat dll), rosak;

mencepol 1. menumbuk (kepala dll); 2. menarik dgn paksa.

ceporah Kl kotor pd mulut (spt berlumur lumpur dll).

cepu 1. sj cembul utk tempat tembakau dll (dibuat drpd perak, kayu, dll); 2. sj kotak drpd mengkuang dll (utk membawa makanan, pakaian, dll); ~ debunga bahagian stamen yg mengandungi debunga, anter; bagai ~ dgn tudungnya prb sesuai benar (cocok sekali).

cepua berubah warna muka (kerana malu dll).

cepuah, cepuas kotor (spt kena arang dll), comot.

cepuh; mencepuh mencelup sesuatu dlm benda cair yg panas.

cepuk I sj kotak kecil (dibuat drpd kayu, logam, dll) sbg bekas makanan (tembakau dll).

cepuk II 1. bunyi spt bunyi orang menghempas kain sewaktu membasuh dll; 2. pukulan;

mencepuk, mencepuk-cepuk 1. menepuk-nepuk air; 2. memukul: dicepuk dgn kasut.

cepulan sj tumbuhan (herba), letup-letup, Physalis minima.

cepumas jumlah nilai hadiah (biasanya berupa wang terkumpul) yg terbesar yg mungkin dimenangi dlm sesuatu permainan, pertaruhan, dsb.

cera Kl kurang sedap utk dimakan, kurang masak (empuk dll).

cerabah tidak elok dipandang (tidak kemas, kasar, dll), ceroboh.

cerabai  jerabai.

cerabih; mencerabih berceloteh.

ceracah  cacah I.

ceracak; berceracakan, menceracak mencuar ke atas (tajam-tajam), bercerancangan: riak-riak air lembut melanggar tiang-tiang jejambat yg ~ di sekitar kapal itu; tunggul-tunggul yg hitam tampak ~.

ceracam; menceracam membabi buta.

ceracap I sl alat bunyi-bunyian spt canang kecil atau buluh yg dihantuk-hantukkan.

ceracap II mata kail yg ada kait di hujungnya.

ceracat Kl sj alat utk menangkap ikan.

ceracau; menceracau mencacau, mengigau, merepek;

penceracau orang yg suka cerewet (membebel).

ceraco Mn cerca.

ceragah Kl ceranggah.

cerah l 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit;

~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);

mencerahkan 1. menjadikan cerah (tidak gelap, terang), menerangkan: cahaya lilin ~ ruang yg kecil itu; 2. menjadikan cerah (jernih), menjernihkan: ~ kaca; 3. menjadikan cerah (tidak hitam): ~ kulit; 4. menjadikan cerah (berseri, tidak muram), menyerikan: berita itu ~ wajahnya yg tadinya agak muram; 5. menjadikan cerah (baik, elok, dsb), membahagiakan (kehidupan dsb): ~ kehidupannya sekeluarga; pelaburan ini akan ~ pertumbuhan ekonomi;

kecerahan perihal cerah;

pencerahan perihal (perbuatan) mencerahkan sesuatu;

pencerah bahan yg mencerahkan (kulit dsb): krim atau losen ~ kulit.

cerah II; ~ muntah Kl penyakit taun.

cerai 1. pisah, sarak; 2. tidak sbg suami isteri lagi, sudah putus perhubungan sbg suami isteri, talak: ia tidak dapat berbuat apa-apa selain meminta ~ dan menyuruh suaminya mengahwini gadis itu;

~ susu sudah berhenti menetek; ~ taklik cerai antara suami isteri dgn janji (spt gugurnya talak dgn sendiri kalau di darat enam bulan, ke laut setahun, berita tidak kedengaran); ~ tembilang cerai antara suami isteri kerana salah seorang meninggal;

bercerai 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhubungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll);

bercerai-cerai, bercerai-ceraian berpecah-pecah, berpisah-pisah;

menceraikan 1. = memperceraikan a) menjadikan tidak bercantum (bersatu, berhubungan) lagi: jiwa paman akan beta ceraikan dgn badan paman; baiklah kepalaku perceraikan dgn badanku; b) meleraikan (orang bergaduh, bertumbuk, dll); 2. memutuskan perhubungan sbg suami isteri, menggugurkan (menjatuhkan) talak: Dollah kena acum, sebab itulah dia ~ isterinya; 3. memberhentikan (anak drpd menetek), menyapih, menyarak;

mencerai-ceraikan menjadikan atau menyebabkan bercerai-cerai, memisah-misahkan: gunakan dua garpu utk ~ daging yg telah direbus;

tercerai terpisah, tidak terkumpul, terasing: bahan-bahan utk penyelidikan itu ~-cerai di sana sini;

ceraian 1. bahagian atau fasal kecil (dlm undang-undang, penyata, surat perjanjian, dll); 2. bahagian drpd tulisan (cetakan dll) yg nampak tercerai drpd bahagian lain, perenggan;

perceraian 1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri);

penceraian perihal (perbuatan) menceraikan.

cerai-berai 1. berpisah-pisah (berselerak, berpecah-pecah) ke sana sini (dgn tidak tentu arah), porak-peranda; 2. berpisah drpd bersatu sbg suami isteri, putus pertalian sbg suami isteri;

bercerai-berai berpisah-pisah;

mencerai-beraikan menyebabkan cerai-berai (porak-peranda dll), memecah-belahkan: janganlah kamu mengikut jalan-jalan lain drpd Islam kerana jalan-jalan itu ~ kamu drpd jalan Allah.

cerak Kl tentu, pasti.

ceraka I alat pengukup pakaian dll (dibuat drpd rotan dll).

ceraka II sj tumbuhan (herba), jarak, Plumbago zeylanica; ~ merah sj tumbuhan, Plumbago rosea.

cerakin I sj peti yg berpetak-petak tempat menyimpan ubat, pendadah.

cerakin II sj tumbuhan (pokok), Croton tiglium.

cerakin III; mencerakin, mencerakinkan 1. menyelidik atau menyiasat sesuatu keadaan (perbuatan, gejala, ciptaan, dll) utk mengetahui sebab-sebab (kedudukannya dll): ia diakui sbg tokoh yg pertama ~ dasar-dasar ini; 2. menghuraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya (spt unsur dll); 3. menghuraikan (memisahkan, menceraikan, dll) sesuatu kpd bahagian-bahagiannya: prisma yg pertama ~ cahaya putih dan prisma yg kedua menghasilkannya;

cerakinan 1. penyelidikan (utk mengetahui hal-hal, peristiwa, dll), penyiasatan; 2. uraian (penyelidikan) kimia (utk menentukan kandungan sesuatu dll); ~ fizik (kimia) uraian (penyelidikan) yg menggunakan kaedah fizik (kimia);

pencerakinan perihal (usaha, proses, dsb) mencerakin(kan); analisis.

ceramah 1. suka bercakap-cakap, ramah, banyak bercakap; 2. ucapan membicarakan sesuatu perkara (spt bahasa, politik, dll), syarahan: ~ tentang bahasa menjadi suatu perhatian yg istimewa sekarang;

berceramah memberi (menyampaikan) ceramah: ketika saya sampai, ia sudah ~;

menceramahkan membicarakan sesuatu perkara, memberi ceramah mengenai: ia ~ masalah politik dunia;

penceramah orang yg berceramah, pembicara: sebelum ~ sampai, masing-masing sudah duduk di tempatnya.

cerana I sj bekas tempat sirih dll (bentuknya bulat atau bujur spt dulang berkaki dan dibuat drpd logam); ~ biduk cerana yg rupanya spt biduk.

cerana II sj penyakit spt ketumbuhan yg berbahaya pd badan (boleh merebak ke bahagian lain).

cerancang (Hut) bahagian kayu yg pecah atau kumpulan selumbar yg tertinggal pd tunggul atau pd bahagian bawah pangkal balak selepas pokok ditebang;

bercerancang, bercerancangan mencuar-cuar tajam atau tinggi, berceracakan: hutan itu kira-kira lima ekar telah dibuka dan bercerancangan tunggul-tunggul kayu.

cerang sl kawasan dlm hutan bekas bercucuk tanam, bekas hutan yg sudah ditebang pokoknya atau yg tinggal sedikit sahaja pokok-pokoknya.

cerangga kurang sempurna pd anggota badan sejak dilahirkan: oleh sebab ~ pd kedua-dua belah kakinya, dia sukar mencari pekerjaan.

ceranggah; berceranggah 1. (bkn tanduk rusa) bercabang-cabang; 2. (bkn barang yg panjang-panjang spt pancang, tiang, dll) mencuar-cuar ke atas.

ceranguk; berceranguk duduk dgn kepala mendongak sedikit: ia hendak menghiburkan hati cucu-cucu yg ~ di sekelilingnya.

cerani sj kain putih tipis dan halus (kasa).

cerap; kurang ~ kurang periksa, kurang memerhatikan; tak ~ tidak endah, tidak tahu;

mencerap 1. memerhatikan, mengendahkan, menaruh minat pd; 2. Id menerima sesuatu dlm hati dgn pancaindera, menanggap;

tercerap dapat dicerap oleh pancaindera;

cerapan sesuatu yg diterima dgn pancaindera (spt yg didengar, dilihat, dll), tanggapan;

pencerapan perbuatan (proses) mencerap sesuatu (fenomena, dll).

cerapu sj tumbuhan (pokok), cekau, cepu, cupak, mencupu, Garcinia prainiana.

ceras sj tumbuhan (pokok), Phyllanthus reclinatus.

cerat I muncung atau mulut pd cerek (paip air, teko, dll) tempat keluar air;

mencerat 1. menuangkan air dll melalui cerat; 2. mengalir atau memancar dr cerat; 3. minum dr cerat;

ceratan cerat yg kecil.

cerat II Kl, Tr pasti, tentu.

ceratai ark Mn; mempercerataikan mengumpat (menceritakan hal orang ke sana ke mari).

ceratuk; berceratuk, berceratukan duduk (ramai-ramai), nampak spt beratur banyak-banyak: beberapa orang ~ di dlm bilik itu; tengok ~ cawan-cawannya di situ; kira-kira tiga belas buah rumah limas ~ di lereng anak bukit.

cerau bunyi spt bunyi air hujan yg lebat;

bercerau-cerau berbunyi spt bunyi air hujan yg turun dgn lebat (bkn air yg jatuh mencurah dsb): ya! Dapat tengok kerbau ragut rumput, tengok kerbau kencing ~.

cerawat sl sj panah api.

cerbak Jw makan sebarang apa saja makanan, buruk makan, lahap, rakus.

cerbis jatuh pd tepinya (spt tebing sungai dll).

cerca = cercaan celaan, cacian: jangan melanggar adat supaya tidak menimbulkan ~ drpd masyarakat kampung; ~ maki caci maki;

mencerca, mencercai mengeluarkan kata-kata keji utk menghina (mengejek dsb), mencaci, mencela: mereka terus-menerus ~ dan menghamburkan nista kepadanya;
1   ...   4   5   6   7   8   9   10   11   ...   14


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©azrefs.org 2016
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə